Peringkat

Powered by MyPagerank.Net

Assalamualaikum

Login (masuk)

Waktu

Kalender

«  November 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Kolom Chatting

Asmaul Husnah

Statistik


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Polling

Rate my site
Total of answers: 47

Block title

Social Network

MyBlog Log

Tag Cloud

Upload File

Smile

Sponsor

Hot News

Pengunjung

free counters

Pagerank

SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Block title

My Profile





Sunday, 24 Nov 2024, 2:14 PM
Welcome Guest | RSS
HISTORY EDUCATION
Main | Registration | Login
Main » 2010 » November » 16 » MAKNA BID’AH BERDASARKAN HADIS & PERKATAAN SALAFUS SOLEH
2:54 PM
MAKNA BID’AH BERDASARKAN HADIS & PERKATAAN SALAFUS SOLEH

SABDAAN RASULULLAH S.AW.

"Sesungguhnya berdusta ke atas aku (guna namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain.  Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Mutawatir – HR Bukhari dan Muslim)

"Janganlah kamu berdusta ke atasku, sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.”  (HR Muslim)

"Cukuplah seseorang itu (dianggap) berdusta, yang mana dia menceritakan setiap yang didengarnya.” (HR Muslim)

Dari Aishah (ra);  "Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam), apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” (HR Muslim)

"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa al-rasyidin al-mahdiyin (beroleh petunjuk).  Berpeganglah dengannya dan gigitlah dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara baru ……” (Sahih HR Abu Dawud dan at-Tirmizi)

"Sesiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak.”  (Sahih – HR Bukhari)

"Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama kerana setiap yang diada-adakakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah di dalam neraka.” (Sahih – HR Abu Dawud, a-Tirmizi, Ibn Majah,  al-Darimi, Ibn Hiban & al-Zahabi)

"Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak. Mereka bertanya; ‘Apakah puak itu wahai Rasulullah? Jawab baginda; ‘Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya (ahlul sunnah wal jama’ah).’  (Hasan -HR at-Tirmizi)

"Sentiasalah yang membawa ilmu ini, mereka yang ‘adil dari para penyambung (setiap generasi).  Mereka menentang golongan yang melampaui batas (ghuluw), dakwaan bohong golongan yang batil (sesat) dan takwilan golongan yang jahil.”  (Nilaian yang berbagai mengenai sanadnya.  Kesimpulan, sanadnya hasan – HR Ibn ‘Adi )

Kata Ibn Mas’ud ra. terhadap mereka yang melakukan zikir yang kuat, beramai-ramai (halaqah) ketika menunggu solat.

"Celakalah kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun  belum lagi pecah! Demi yang jiwaku berada di tanganNya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan? Jawab mereka; ‘Demi Allah wahai Abu Abd Rahman, kami hanya bertujuan baik.  Jawabnya; ‘Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.”  (Sahih – HR al-Darimi dalam Musnadnya)

KATA-KATA SALAFUS SOLEH

Keluhan Khalifah ‘Umar Abd Aziz rh.

"Aku ini sedang membaiki suatu urusan yang tiada siapa dapat membantunya melainkan Allah SWT kerana orang-orang tua telahpun tua dengan kesilapannya; dan yang sedang membesar pula, membesar dalam kesalahan itu dan orang-orang yang bukan ‘Arab (Ajam) telah menjadi fasih dengan kesalahan itu, dan orang-orang ‘Arab pula telah menganggapnya (kesalahan itu) sebagai baik.  Sehingga mereka menyangka yang salah itulah agama dan mereka tidak mahu melihat kebenaran selain daripada itu.”

Kata Khalifah ‘Umar Abd Aziz rh,

"Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah SWT tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.”

Kata Abdullah Ibn Mubarak rh;

"Sanad itu adalah sebahagian daripada din (agama), kalaulah tidak kerana sanad sesiapa pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu.”  (HR Muslim)

Kata al-Imam Ahmad Sinan al-Qattan rh;

"Tiadalah di dunia ini seorang ahli bid’ah pun, melainkan ia membenci ahli hadis. Apabila seseorang melakukan bid’ah maka dicabut kemanisan hadis dari hatinya.”

Kata Muhammad Ibn Sirin rh,

"Sesungguhnya ilmu ini (Al-Quran dan al-Sunnah) adalah Din (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.”

Imam Malik bin Anas berkata;

"Tiada seorangpun selepas Nabi SAW melainkan pendapatnya boleh diterima dan ditolak kecuali Nabi SAW”

Imam al-Zahabi rh berkata;

"Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya kecuali Rasulullah SAW.  Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar kita lupakan segala kebaikannya dan menafikan amalan ma’rufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya.”

Kata Imam al-Zahabi rh terhadap Ihya’ karangan al-Ghazali rh;

"Aku katakan al-Ghazali adalah seorang Imam yang terkemuka.  Namun, bukanlah syarat seorang yang ‘alim itu tidak melakukan kesilapan.”

Sebuah cerita dari al-Syatibi rh. Dalam al-I’tisam;

Wahai Abu Abdullah (nama samaran Imam Malik) dari mana aku patut berihram?   "Dari Zulhulaifah, iaitu tempat Rasulullah berihram.” Lelaki itu berkata; "Aku ingin berihram dari Masjid Nabawi.”  Imam Malik menjawab, "Jangan lakukan!”   Lelaki itu berkata "Aku ingin berihram dari kubur Nabi SAW.” Imam Malik menjawab, "Jangan buat. Aku bimbang fitnah menimpa dirimu.”  Lelaki itu berkata;   "Fitnah apa? Hanya jaraknya sahaja yang aku tambah.” Imam Malik menjawab,   "Apakah fitnah yang lebih besar daripada engkau merasakan bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang Rasulullah SAW kurang padanya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah SWT berfirman; Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintah (Rasulullah SAW). Jangan sampai menimpa mereka ditimpa musibah atau azab siksa yang pedih (Surah an-Nur: 63)”.

Views: 824 | Added by: aries | Tags: BERDASARKAN HADIS, MAKNA BID’AH, PERKATAAN SALAFUS SOLEH | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:

Copyright Aries Eka Prasetya © 2024